| Tarikh | : 09 Mac 2022 |
| Masa | : 10.00am – 11.00am |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta memahami dan mengenali tentang perisian yang ada dalam Microsoft Office dan fokus diberikan kepada 3 perisian yang sering digunakan bagi seorang pelajar seperti Word, Powerpoint dan Excel. Malahan, mereka juga didedahkan dengan struktur yang terdapat dalam setiap perisian tersebut.
Aktiviti
Peserta melihat ke paparan skrin berkenaan tajuk yang dibentangkan. Sejarah dan pembangunan setiap perisian yang terdapat dalam Microsoft Office dikongsikan dan para peserta juga meneliti logo yang berubah mengikut versi perisian yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Antara perisian yang difokuskan adalah Word, PowerPoint dan Excel. Peserta juga diberikan pengetahuan asas tentang penggunaan setiap perisian tersebut sebelum latihan dimulakan pada sesi berikutnya.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI