| Tarikh | : 08 Mac 2022 |
| Masa | : 2.00pm – 3.30pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar tentang asas rekaan grafik terutama dalam mereka poster serta langkah-langkah penting yang mudah dan berguna. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan pelbagai poster yang terdapat dalam internet sebagai pemahaman untuk perincian yang ada.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat berkenaan dengan asas yang perlu ada dalam setiap rekaan grafik sebagai permulaan sesi pembelajaran. Setelah peserta memahami kriteria yang ada dalam setiap rekaan poster, peserta diberi tutorial menggunakan perisian atas talian, Canva. Peserta diajar untuk menggunakan setiap satu elemen yang ada yang akan dimasukkan dalam poster dan cara mudah mengaplikasikannya. Bagi meningkatkan pemahaman peserta, latihan mereka poster yang ringkas diberikan secara langsung. Peserta juga memberikan fokus dan komitmen yang tinggi untuk mempelajari teknik-teknik yang biasa dilakukan dalam rekaan poster. Di akhir latihan, pelbagai hasil ditunjukkan peserta untuk setiap rekaan yang telah mereka pelajari.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI